Bagaimana mengira ramalan hidup anda....
Pada petang yang berbahagia ini
cikwa nk kongsikan sebuah cerita yang berdasarkan daripada pengalaman cikwa
sendiri.nie KISAH BENAR tau….berlaku bertahun yang lalu…cet..lama giler cikwa
peram citer ni..tp dikalangan ofismate cikwa ramai dah yg tahu..Cuma luar
daripada ofis mungkin ada yg xtau.
Entah nape cikw tak bercerita sgt
tentang tu…malas nk amik port kot…kihkih..tp kali ni,setelah sekian lama..cikwa
berada dalam keadaan mud sejahtera aman sentosa…cikwa akan sampaikan cerita ini
sebagai pedoman bt insan2 diluar sana.
Pada suatu hari…..disebuah
pejabat yang aman damai tapi penghuni yg kecoh…(intro xbleh blah hahaha), cikwa
dpt jemputan menghadiri kursus motivasi…tanpa sebarang bantahan cikwa dan sorg
member yg terpilih pon join laa tanpa syak wasangka…dgn harapan moga2 kursus
motivasi tu syok laa….dan dapat memotivasikan kami nih.
Pada hari kejadian, peserta2 yg
terpilih pon hadir laa kat dewan yg dijanjikan iteww…ada seorang penceramah
jemputan dan 2 orang pembantu yg dijemput…penceramah tu lelaki dewasa…pembantu
plak sorang lelaki dan sorang wanita dewasa…ada sbb cikwa maksudkan dorg ni
dewasa..sat lg cikwa explen…
Penceramah tu plak antara ceo
sebuah compeni yg menjalankan aktiviti motivasi yg dikenali sebagai dot dot dot…………………..(nama
penuh dirahsiakan)…penceramah tu suh kitaorg panggil dia master (huhhh.ntah
pape) ingat kelas kungfu hape…
Kursus berlangsung selama 3 hari
tau..
Pd hari pertama kitaorg dibahagi2 kpd beberapa kumpulan…lepas tu kitaorg diberikan pensel kaler (Bukan Kaler Luna hokay)…pen kaler megic, plastesin, kertas dan bola mainan berwarna-warni sebesar bola hoki yg ringan laa….master dan pembantu2 nyer dtg bersama sebuah beg beroda ala2 beg peserta AF yang tersingkit….bila sampai ke dewan tu..dia buka dan keluarkan segala jenis isi perut beg tu.dalam tu ada semua barang yg cikwa sebutkan diatas beserta beberapa ekor natang mainan tahap budak2 baru tumbuh gigi.
Aktiviti pada hari pertama ok jer
Cuma yg cikwa agak tak berkenan bila ada sesi pembentangan grup…jika ada grup
yg bentang tu xbes@ bagi jawapan yg
salah..master tu suh pakat baling bola tu kat badan grup tu beramai2 (helloo….kami
semua org dewasa ok…bukan budak sekolah)…keadaan tu amat memalukan.
Hari kedua dan ketiga jugak macam
tu laa keadaannyer… Cuma pada hari kedua diorg dah mula menunjukkan keadaan yg
bleh membuatkan cikwa ckup2 tidak selesa iaitu apabila mereka mengi’rab
(mentafsir) diri setiap sorang sehingga bgtau kepada salah sorang peserta
bahawa peserta itu menyimpan rasa dendam di dalam hati yg terpendam sekian lama
.cikwa mula rs xselesa…ape yg dia perkatakan mula bermain2 difikiran dan buat
cikwa terfikir sejenak..ape hal dia nak malukan dan aibkan org begitu.tetiba
sahaja master tu menangis tersedu sedan menyuruh kita menginsafi apa yg
terpendam didalam hati..Cikwa fahamlaa..ada segelintir penceramah motivasi akan
menggunakan taktik menangis dan menayangkan video yg menyentuh jiwa nurani..masalahnyer
video tu ciplak dr org tu beb!cikwa dah penah tgk byk kali dah.
Cuma yang buat jiwa cikwa kacau
apabila masuk hari ketiga @ hari terakhir..apabila diorg bertiga tu mula
bermain2 dgn nombor.dengan tarih lahir kita diorg buat satu rumus kira2 dalam
bentuk segitiga.sorang2 dia panggil dan kirakan rumus tu…cikwa pon xpasti
kaedah apa yg diorg pakai.cuma yg cikwa tgk..daripada + -x ÷ akan menghasilkan
1 nombor tunggal..cam 8 ke 4 ke…1 ke…
So daripada no tu.diorang akan
mentafsirkan sedetail2 nyer apa terjadi pada masa lepas dan masa hadapan
seseorang yg dibuat pengiraan itu.bayangkan laa…daripada hasil pengiraan bentuk
segitiga tu.setiap sisi segitiga akan ada 3 nombor yg sama atau berlainan..
Cikwa jus tgk jer …member2 yg lain dh berebut suh master tu
kira tarikh lahir diorang…nak tau apa jawapan dia ?ni antara jawapan yg dia
bagi.cikwa tulis yg mana ingat laa yer.
- Daripada pengiraan ni…awak akan menjadi seorang yang Berjaya pada masa hadapan.
- Awak ada kemahiran seorang yg pandai berniaga dan menjalankan perniagaan yg menguntungkan.
- Daripada nombor pengiraaan awak ni..rumahtangga awak tidak bahagia dan awak akan bercerai dengan pasangan awak.
- Awak ada masalah keluarga.
- Suami main kayu 3.
- Awak berjiwa seni dan lebih cenderung untuk bekerja sendiri
- Awak mempunyai sejarah hitam yg terpendam didalam hati
- Awak masih muda dan tidak berkahwin lagi..jika awak mempunyai pasangan istimewa..hubungan awak dan pasangan sedang bergolak dan bermasalah.
- Awak akan menghadapai kegagalan hidup dan mengambil masa yg lama utk stabil
- Soal umur,kehidupan.
- Etc.
Pehhh..soalan no 3 tu mmg xbleh
blahh…siap cakap rumahtangga akan bergolak dan akan bercerai.. (soalan2
hubungan dan rumahtangga adalah hasil penggabungan daripada tarikh lahir suami
dan isteri /girlfren-boipren tau)….banyak lagi jawapan merapu yg diorg berikan
tp cikwa tulis sket jer yer…
Cikwa masa tu mmg cam cacing
kepanasan…melilau2 mencari dimanakan urusetia kursus….cikwa mmg xpuas
hati..mana dorg dapat menceramah mangkuk hayun cam ni….petang tu jugak lps abis
kursus cikwa explen macam2 yg cikwa x puas hati kt sorg urusetia nih.
Keesokkan harinyer…nk dijadikan
cerita…cikwa telah dipanggil mengadap pengarah yg incaj kursus tu…seram sejuk
gak laa…yer laa..maner penah kene pnggil gitu…takut gak laa…dia Tanya ape yg g cikwa
x puas hati tentang kursus tu..so cikwa luah laa sumer yg terbuku dihati.cikwa
bgtaulaa yg modul kursus x sepatutnya mcm tu..we all semua org dewasa…xpatut dipersendakan, dibaling
dgn bola (even bola kecik gitu n utk suka2), dimalukan dan yg lebih tragic diramalkan
akan bercerai berai, hubungan porak poranda, kegagalan hidup, kemiskinan,
kekayaan etc hanya dgn membuat pengiraan gabungan tarikh lahir suami isteri..Siap
suh cari pasangan yg lain kerana pasangan yg ada skrg tidak menjamin kebahagiaan
dan akan membawa kepada perceraian. Yang cakap begitu adalah perempuan pembantu
master.dia cakap beitu sebab nombor yg terhasil daripada gabungan peserta
tersebut adalah sama dgn dia…dan dia seorang Janda..dia menjadikan nombor tu
sbg batu pengukur kegagalan rumah tangga nyee..what??? apekehel ko bercerai nk
babitkan org lain plak!
Persoalanya….apa hak diorang utk
meramalkan apa akan terjadi pada masa hadapan, apa kelebihan diorang sehingga
menentukan hubungan orang, dan yg paling penting apa hak diorang utk
menjalankan kerja ALLAH SWT…yg hanya menjadi rahsia ALLAH SWT.mana diorg tahu
seseoran tu akan bercerai pada masa hadapan sedangkan orang tu x kawin lagi
pada waktu itu?.....ni laa kumpulan manusia bodoh yg menggelarkan diorg sbg
terpelajar dan mempunyai phd..aduyaiiiii….
Selepas cikwa jelaskan semua
tu..barulaa cikwa tahu bahawa pihak urusetia kursus amik maklum apa yg cikwa x
suka sgt2 tu..dan hasilnya..diorg dapati bahawa konsultan itu menjalankan
aktiviti yang menyalahi agama..(tindakan susulan cikwa xpasti…mybe diorg bt
report kot)selepas kejadian tu sumer peserta yg mengikuti kursus telah
dipanggil semula dan diperjelaskan ttg apa yg terjadi mereka diminta utk tidak
mempercayai apa yg diikuti sepanjang kursus yg member impak negative serta
dapat memesongkan akidah ummat…kene mengucap banyak2 laa kan…adushhhh…(sbb ada
yg hampir mempercayai ramalan diorg tau)….pompuan tu sms gak peserta lepas tu…ajak
join kelas dia..nanti dia ajar mcmana nk bt pengiraan tu..bayaran rm200 1 sesi
kelas…ohhh bodonyer manusia yg join kelas pompuan itewww (kalau ada laa)…
So..beware yer..x sumer kursus
motivasi mcm tu..ada byk lg yg bagus2 kn…cam yg menerapkan nilai2 Islam..bkn
nyer yg membuat ramalan begitu….
Sekian, terluah sudah sebuah
kisah lama…kihkih….
Ada jugak kursus mengarut mcm ni. Paling menyedihkan, ada jugak yg pcaya ramalan tilik nasib mcm gini. Nauzubillah...
ReplyDelete