4 tayar, rim kereta lesap
PUTRAJAYA: “Saya dan isteri tergamam dan terkejut apabila melihat keempat-empat tayar dan rim kereta hilang, hanya terdapat batu-bata yang diletakkan di tempat tayar untuk mengalas kereta,” kata Azmie Usul, 28.
Kakitangan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu mengalami kerugian kira-kira RM2,000 selepas keempat-empat tayarnya hilang, dipercayai dicuri ketika diletakkan di kawasan lapang berhadapan pangsapuri Fasa 5B, Presint 9, di sini.
Katanya, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 7 pagi ketika hendak ke tempat kerja bersama isteri, Sita Salwa Md Zam, 27 dan anaknya yang berusia setahun.
Katanya, dia meletakkan kereta Proton Saga berwarna hitam milik isterinya itu di kawasan terbabit kerana tidak mempunyai pilihan lain, selain menjadi tempat alternatif untuk meletakkan kenderaan.
“Saya tak ada pilihan lain, selain meletakkan kereta di kawasan berkenaan, tetapi sebelum ini kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku dan saya percaya ini kejadian pertama.
“Kali terakhir saya meletak kereta di kawasan itu kira-kira jam 7.30 petang semalam (kelmarin) dalam keadaan berkunci, saya tidak menyangka perkara ini akan berlaku, lebih-lebih lagi di Putrajaya.
“Saya tak tahu nak kata apa, perasaan bercampur baur marah dan geram terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya kira-kira jam 8 pagi, semalam.
Ya Allah.....risaunye camni...dah laa putrajaya ni kawasan yg paling teruk tempat parking..kawasan Park & Ride plak mahal....RM1 sejam...kalau kat Putrajaya Sentral.kawasan parking tidak berbumbung dikenakan caj RM1 sejam...tu pun hanya dibuka weekdays only...kalau parking berbumbung plak RM7 sehari...kos sara hidup kat sini tinggi, makan minum,servis,perkhidmatan,barangan semuanya melibatkan kos yg amat tinggi..lebih2 lagi kawasan elit Putrajaya ni..segala2nya money!! money!!..tempat parking mmg crowded sesangat x kira di presint mana2 pun..kalu parking tepi2 jln (bukan sengaja nk park tp dah mmg xde park dah) kene clamp...nk kene byr caj clamp lg.kadang2 terpaksa redha je kereta calar balar, garisan khatulistiwa kt kereta tu xyah citer laa..siap ada lukisan abstrak lg...parking berebut2...kami ni pejam mata...menangis tu xyah citer...xde tempat nk mengadu..kalu mengadu pon xder saper nk dengar!
kesiannya kat warga putrajaya--tak ngadu dgn PM ker :p
ReplyDeletextau laa k.lah..ni bukan kai pertama jadik kt putrajaya ni..dah laa kawasan kejadian tu area umah cikwa ni..padahal kuarters kerajaan tuuu.tawakkal jer...mengadu dah byk kali..polis jus bt round je mlm2..kawasan parking kat sini mmg tak secure..nk yg secure..parking kat park n ride...jus sediakan duit je
ReplyDeleteKak Ma pernah tgk kete yg kena curi keempat2 tayar dekat tepi umah lama kak lah kat tmn bolton. sian sgt kete tu. lapik dgn batu2 sbg alas. kete proton saga gak.
ReplyDelete