amboi..chantiknya budi bahasa!!


Ni kisah benar yang berlaku pada adik kawan cikwa…citer baru berlaku semalam…mmg cikwa cukup terkesan dgn cerita ni sbb cikwa pun penah alami benda yg sama..Cuma bezanya cikwa x sakit..tu jer…

Adik kawan cikwa ni bertugas sbg seorang guru di kawasan pedalaman di Sarawak.mempunyai seorang cahaya mata perempuan yg comei berumur 2thn++…suami beliau juga seorang guru.  Cikwa akan namakan dia sbg cikgu A...sekolah tempat cikgu A mengajar ni adalah sebuah perkampungan yg terletak jauh di kawasan pedalaman Sarawak.jarak antara sekolah ke bandar memakan masa selama 5 jam perjalanan menaiki land rover melalui jalan2 tanah yg becak,berliku2 dan jalan tanah merah laluan lori2 balak. Kalau nk keluar membeli barangan keperluan atau nk ke klinik,hospital atau apa sahaja keperluan cikgu A perlu membuat tempahan (booking) dgn owner land rover tu..kiranya kene chop laa dlu…macam beli tix utk bas express laa…kalu land rover dah penuh utk hari tu..terpaksalaa tunggu keesokan hari plak.bayaran utk naik land rover pun bukan murah tau..maklum sajala kawasan pedalaman.perkhidmatan land rover tu plak hanya beroperasi sekali sehari..maksudnya pagi2 akan keluar ke bandar dan petang masuk semula ke kampung.kalau termiss kenelaa menyewa duk hotel mana2 sementara tunggu perkhidmatan besoknyer pula.
Beberapa bula yang lalu cikgu A ni mengalami sakit2 dan batuk yg tidak henti2.dah banyak kali dia gi check kat klinik tp tiada sebarang jawapasn yg pasti.hanya diberikan pil penahan sakit dan batuk.tak lama selepas tu..cikgu A dapati terdapat beberapa benjolan muncul di lehernya..(besar gak benjol2 tu..cikwa sendiri tgk pic MMS dari kawan cikwa).cikgu A pun pergi membuat checkup di sebuah hospital kerajaan di bandar.kebetulan pada hari tu tiada rawatan dibuat dan dia diminta untuk datang semula keesokan hari..kerana terpaksa..dia, suami dan anak pun menginap di hotel.nak blk dan dtg semula besok takut susah plak khidmat land rover tu.bila dia dah buat check up..doktor x pasti apa punca benjol di leher.keputusan hasil daripada ujian hanya dapat diketahui 2 minggu lg.

Kos untuk dia pergi membuat rawatan tuhampir RM4K tau..(termasuk semua caj hotel,makan minum,rawatan,perjalan kelaur masuk ke kampung)..aduhhhh…2 baru sekai jer dia gi spital..dah habis riban..kalau banyak kali????.....seluk poket laa jawabnya.setelah 2 minggu keputusan ujian telah keluar dan doktor kat sana suspek dia ada penyakit TIBI…tapi hanya suspek semata2.
Cuti sekolah minggu lepas cikgu A pulang ke Kampung halaman dan telah membuat check up di sebuah hospital di kota baharu.hasilnya dia mmg positif ada Tibi.doktor kat spital tu dah sarankan agar dia berehat, bercuti sakit dan dapatkan rawatan khusus utk penyakitnya.sebab penyakit cikgu A kn blh berjangkit..macamana dia nk mendidik anak muritnya nanti…asik batuk2…air liur dai boleh membawa kuman tibi pada orang lain.ubat utk penyakit dia pon hanya perlu dimakan bila dapatkan rawatan (kata kawan cikwa, dia kena makan ubat depan doktor.tiada bekalan ubat diberikan,means…dia kene pergi jumpa doktor utk makan ubat dan dapat rawatan)hmmmmm..camner tu…dia nk kaur gi spital di Sarawak tu bukan main lg susah…

Semalam dia telah pergi ke kementerian berkenaan di Putrajaya untuk membuat rayuan pertukaran..sekurang2 biala tempat mengajar berhampiran hospital @ yang senang untuk dapatkan rawatan.lagipon dia dah berkhidmat sebagai pendidik di Sarawak dah 6 tahun.
Cikgu A gi ke kementerian berkenaan bersama-sama anak,suami dan mak.sewaktu di pejabat bahagian pertukaran tu.ada 2 orang guru lelaki yg datang untuk membuat rayuan pertukaran jugak.setelah menunggu beberapa minit.cikgu A dan 2 orang guru lelaki tu telah dipanggil masuk oleh seorang pegawai lelaki (xtau gred apa dan jawatan apa).

Pegawai : semua 3-3 orang masuk bilik saya.

Mak cikgu A pun angkat punggung utk masuk temankan anaknya yg sakit itu.
Pegawai A : ehhhh…ehhhtak payah..tak payah..makcik duk je luar..tak payah masuk
*sepanjang percakapan pegawai berkenaan hanya menggunakan nada suara yg keras,kasar dan amat tidak bersopan santun …..

Pegawai : hahhh…kamu ni..apa masalah kamu nk mintak tukar?
Cikgu A : saya disahkan sakit Tibi,saya perlukan rawatan setiap masa.jarak tempat mengajar saya jauh dari hospital.nie saya sertakan juga surat pengesahan doktor.
Pegawai A : abis?...apa masalah nyer…kamu pergi je laa mengajar kt Sarawak tu…bukan susah sangat.kamu sakit Tibi je pon.
Cikgu A : tapi tuan, saya sakit..saya perlukan rawatan setiap masa…saya tiada bekalan ubat.perlu makan ubat setiap kali gi checkup jer..lagi pon tempat saya mengajar jauh, kos pon tinggi..
Pegawai : xder2…kamu gi jer Sarawak..mengajar macam biasa.

So…cikgu A pun keluar dari pejabar pegawai berkenaan menangis2 mengenangkan nasib diri.dalam masa yang sama..suami cikgu A pon buat rayuan pertukaran jugak…Cuma di bahagia pertukaran utk cikgu2 KPLi-JQAF.

Suami cikgu A: saya datang nk jumpa pegawai yang uruskan rayuan pertukaran saya
Pegawai : xder2…dah tengahri…kamu datang semula pukul 3…kami nk rehat.

*even tu waktu rehat sekalipun, perlu ker memberi jawapan sebegitu? Dan sejak bila waktu rehat kakitangan kerajaan di Putrajaya mengambil masa selama 2 jam? Dari pukul 1-3 ptg tuuuuuu…gila hapa.

walau apapun keputusan dan jawapan yang diorang berikan semalam..keadaan tidak akan memberi kesan yang mendalam sekiranya pegawai2 keraan berkenaan menggunakan nada suara yang sopan, menghormati orang tua, berhemah, senyum dan segalai nilai2 murni yang ada dalam  Tonggak 12.

Dimana2 kementerian sekalipon ada pelbagai jenis moto yang dipaparkan, tapi adakah motto tu dipraktikkan dgn jayanya?sekurang2 nya bagi laa jawapan yang munasabah..bukan nya jawapan yang nk menghalau org balik sebb anda nk gi rehat...



lagipon cuti utk sakit Tibi ada termaktup dalam Pekeliling Perkhidmatan 91 Bil 09..


 pegawai berkenaan ...sila amalkan nilai2 murni dan menghormati orang tua ya.....



cikwa emo sbb benda ni jadi pada cikwa jgk  pada tahun ni....sedih weiii..tahu laa dia saper..kita saper..tp kita just bt rayuan dan mohon pertimbangan..cam kes cikwa mcm2 janji tp at the end lain jadinya...siap suh cari sendiri mana2 kementerian @ jawatan yg ada kekosongan jawatan cikwa..then inform kat diorg..cikwa ni nk bagai nk gila jd operator kol sana sini..bila dpt tahu kat mana kosong then inform kat diorg..ini jawapannyer...

saper suh awk susah payah cari, saya x menjanjikan apa2 pun.

ape salahnyer ucap camni...

ok puan, terima kasih atas maklumat yg puan berikan, pihak kami akan usahakan yang termampu,akan tetapi keputusan hanya tertakluk kepada syarat2, dan pemilihan mesyuarat.

kalu jawab gitu xder laa sedih sgt..ni tak..bg jawapan yg kuang ajar jer! rs nk lempang org

Comments

Popular posts from this blog

Happy Birthday My Princess Rania

biskut perasa itik

Resepi kek sarang anai-anai hangus