Ariff..tenanglah kau disamping-NYA

Assalamualaikum semua,

hari ni hari ke 4 pemergian arwah ariff...dan cikwa akan ceritakan sedikit mengenai arwah.bukan niat nk membuka cerita yang bukan2..tp cerita bagaimana ketabahan arwah menghadapi keadaan diri yang sakit. semalam cikwa hadir ke rumah arwah bersama-sama rakan ofis untuk majlis tahlil.ramai orang sehingga memenuhi segenap ruang rumah sehinnga ke pintu pagar rumah..semuanya hadir bagi sama-sama membacakan YaaSin,zikir dan doa untuk arwah.cikwa berada hampir  dgn isteri arwah..kak zura dan anak2nya.beberapa kali jugak cikwa tgk kak zura menyapu air mata.hati siapa yg x sedihkan..lg sedih bl tgk ank2 arwah..lg2 yg perempuan umur 4 tahun..arwah ada 2 orang anak..yg sulung nama Afif(darjah 2), dan yg kedua nama Iffah (4thun).ada juga yg bertanya kepada iffah...

"iffah..abah mane?'....saje utk menduga anak kecil tu.
"abah dlm kubur....nanti abah sihat abah blk la".....

cikwa yg duk tepi tu mmg nangis..sedih sgt sbb iffah kecil lg..dia tak tahu keadaan yg sebenar.tp afif lebih faham...dia turut sama2 mandikan arwah abah dan bersama2 arwah abahnya sehingga ke saat akhir..pd cikwa..budak sekecil tu agak matang dan cerdik.



work station arwah
bila selesai majlis tahlil..cikwa bersembang2 dgn kak zura...mata kak zura dah sembab...mungkin kesan nangis...petang tadi Bob dan Fikri dan kemaskan meja dan barang2 arwah kat ofis.kami bwk bersama2 1 box barang2 arwah.

hati kecil ni mmg rs nk tanya macam2 kat kak zura..tp cikwa diamkan saja..ta elok kn...tp kak zura ada ceritakan serba sedikit ttg keadaan arwah sejak dari mula dia sakit sehinggalah dia menghembuskan nafas yg terakhir.pada cikwa..apa yg kak zura ceritakan mmg akn btkan sesiapa sahaja terharu...cikwa dgr pun sambil nangis.

kata kak zura, sejak hari pertama arwah sakit dulu..dia betul2 tak tahu keadaan sebenar, tahap mana, dan apa efeknya.punca sakit perut pun x jelas, hampir 2 minggu dan selepas menjalani pembedahan barulah tahu, punca sakit tu adalah disebabkan kanser usus.doktor ckp kanser tu dah berada ditahap 4, usus arwah terpaksa dipotong dan arwah akan membuang najisnya melalui beg plastik melalui perutnya.cikwa sempat melawat arwah selepas pembedahan, dan lihat sendiri beg plastik di perut serta jahitan pembedahan di perut arwah....dan itulah kali terakhir cikwa melihat arwah sewaktu dia masih ada..

selepas pembedahan doktor ada bgtau keadaan arwah pd kak zura,keadaan dia sgt kritikal krn sel kanser tlh merebak ke organ lain.doktor pn x berani beri kan jaminan selama mana arwah mampu bertahan.pd awalnya arwah mmg tersangat laa down dr segi mental dan fizikal..tp krn sokongan isteri, anak2, keluarga dia motivatekan diri utk cepat sihat.

"demi masa depan..aku kene kuat..doakan aku"....itulah kata2 arwah yg cikwa masih ingat lg.

selepas arwah kuar dr hospital putrajaya..arwah duk umah mak dia kt bandar tun razak...cikwa x pasti berapa lama arwah duk situ sehinggalah arwah dimasukkan semula ke hospital.tp kali ni di HKL.arwah sempat menjalani rawatan radioterapi, kemoterapi.saluran pernafasan arwah dh tersekat, sebelah paru2 dah x berfungsi.kata kak zura..."akak sebenarnya mmg down 1st day arwah sakit..tp demi arwah..akak kuatkan semangat..akak xnk arwah tgk akak sedih,nangis...walaupun doktor dah jelaskan pd akak keadaan dia amat tenat selepas pembedahan dulu.organ dalaman arwah mmg dah kritikal tp arwah msih kuat lg nk melawan penyakit.sape saja yg gi melawat dia mesti ckp "aku kena kuat"...akak tahu keadaan arwah mcmana,walaupun gitu akak kena prepare mental dan fizikal krn akak fhm keadaan sebenar arwah.

sehinggalah pada pagi hari jumaat 27 Mei 2011, doktor panggil dan bgtahu pada akan keadaan arwah.doktor ckp dah cuba sedaya upaya,tp sel kanser dlm badan arwah terlalu kuat sehinngal rawatan yg diberi tak mampu lg menyekat sel merebak.mybe sbb arwah masih muda, sel tu aggresif.dan pagi tu juga doktor minta kak zura bawakan anak2,keluarga utk bersama2 dgn arwah kerana segala kemungkinan akn terjadi, dan semua kena bersedia..pada pagi jumaat tu jgk arwah panggil kak zura, dia nk tanya kak zura dan minta kak zura explain bagaimanakan keadaan dia yg sebenar2 nya.

kak zura tanya " awak rasa keadaan awak macamana?"
arwah " saya rasa saya akan ok dan sihat mcm sediakala"
kak zura "kalau awak rasa mcm tu ok lah...awak kene motivatekan diri dan berjuang melawan penyakit ni"

......walaupun kak zura ckp mcm tu tp cikwa dpt rasa kak zura memendam rs sedih utk meluahkan kata2 tu.bayangkan laa, arwah bertanyakan keadaan dia dan dalam masa yg sama doktor minta semua utk berada disisi arwah dan bersedia dgn apa sahaja dugaan.

lps tu arwah mintak kak zura panggilkan doktor.dan dia nk tanya sendiri doktor keadaan dia.

doktor tanya pd arwah "how do you feel?"
arwah "saya rasa saya ok...dan keadaan saya ok selepas menjalani rawatan."
doktor ckp...baguslah kalau awk fikirkan macam tu krn awk berjuang dan bersemangat melawan kanser.tp..dlm masa yg sama doktor juga menjelaskan keaadaan arwah mcmana pada arwah.walaupun arwah tahu yg dia sgt kritikal tp dia masih kuat.

iffah mmg manja dgn abahnyer

kak zura cakap pagi jumaat tu arwah still macam biasa, bersembang2, dan sempat lg buat lawak dgn kak zura..(arwah mmg jenis gitu...hepi)..sehinngalah tghari tu..pernafasan arwah tersekat2...dan keadaan dia dh tenat.siteri,anak2 dan keluarga ada disisi arwah sehinggalah arwah menghembuskan nafas yg terakhir.

sehari sebelum pemergian arwah,

arwah ariff merupakan salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.pada majlis APC yg berlangsung sehari sebelum pemergian arwah.arwah mmg seorang rakan sekerja yg baik, hepi dan suka bt lawak.sampai bila2 pun cikwa takkan lupakan jasa dan tunjuk ajar arwah.kali terakhir cikwa minta tlg dgn arwah adalah cikwa mintak arwah setupkan IP dan 1 split server sistem aplikasi latihan yg cikwa handle,dan arwah letak server tu sebelah meja cikwa bt sementara waktu.."senang sket ko nk access server ko"..tu laa ayat dia...

ibu dan isteri arwah ada sampaikan pesanan buat semua yg mengenali arwah.

Halalkan makan dan minum, maafkan segala kesalahan dia,jika dia ada berhutang dgn sesiapa nanti maklumkan laa pd keluarga dia.sedekahkan al-fatihah buat dia.

ariff,kami semua sentiasa mendoakan agar ko tenang dan berada disamping para solihin disana.
AL-FATIHAH

Comments

  1. Al-fatihah....Tarikh arwah meninggal tu sama dgn bday Kak Ma :(

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah buat ariff..
    Allah lebih menyayanginya dan mungkin itu yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. al-fatihah buat arwah ariff...moga isteri, anak dan ahli leluarganya terus tabah dan kuat menghadapi segala dugaan yang mendatang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Happy Birthday My Princess Rania

Resepi kek sarang anai-anai hangus

biskut perasa itik