Resepi kek sarang anai-anai hangus

Hahaaa unik kan kek ni..mmg xde dlm mana2 buku resepi..

Ni nama cikwa bg sendri hahha..

Seminggu dua ni datang angin nk masak kek sokmo...
last week lg tgk resepi ni kt fb,lps tu try google..mlm ni try buat..ni resepi nye..


Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam .
5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

Hmmm ni hasil dari air tangan mama rayyan+rayyan skali hahaha
































Haaaaa nampak tak saang anai-anai tu kikiki..memang menjadi laa sarang tu cuma cikwa tak folow 2 benda dari resepi kt atas
1-cikwa tak perap 3-4 jam tu.. Rak sabar wehh..cikwa perap sejam setengah je
2-cikwa tak buh susu pekat..gantikan dengan gula halus..bukan sbb tak suka susu tapiiii susu tak de hahaha (lupe beli)

Hasil nye..rupe kek,rasa kek memang ok dah cuma kek tu kering je..selalunye kek ni macam lembab lembut..yg ni jd kering +ringan macam span..mybe sbb x ckup bahan (susu tak de)..

Ok selamat mencube!

-awjan-

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Happy Birthday My Princess Rania

biskut perasa itik