Resepi kambing masak kurma papa ngah

Cikwa bukanlaa seorang yang suka makan daging kambing..
tapiiiiii papa rayyan tu mmg pemakan daging kambing..cakap je masak camne..suma dia bedal hahaha..

Cikwa tak suka sebab daging kambing berbau..
bau macam kambing hahaha

Masa cuti skolah hari tu..abang ipar masak daging kambing masa balik kelantan..cikwa tukang tengok jer dia masak..hihi

Tapi yang pelik nye..lauk kambing yg abg ipar masak ni cikwa boleh makan dengan jaya nya..siap tambah+tapau haha..sebab langsung tak berbau kambing..sedap pulak tu..kambing tu pulak memang abang ipar sembelih sendiri..(orang cakap...kalau tukang sembelih kambing,lembu pandai sembelih..memang daging tak berbau langsung)

resepi dia memang lain sikit..tapi siyes sedap sangat..

Ni bahan-bahan.kuantiti banyak mana tu kena anggar sendiri sebab cikwa lupe nk tanya huhuhu.

  • Daging kambing
  • bawang putih
  • bawang merah
  • bawang besar
  • cili merah/hijau
  • halia
  • daun pandan
  • daun pudina
  • kucai
  • limau nipis
  • rempah -kulit kayu manis,pelaga,bunga lawang
  • serbuk ketumbar
  • jintan manis/jintan putih
  • serbuk kari
  • serbuk rempah kurma cap O
  • susu cair
  • sedikit kicap pekat (2-3 sudu)
  • garam/ gula melaka secukup rasa


bahan-bahan yang abang ipar sediakan kat bawah tu adalah untuk seekor kambing...



Daging kambing direbus sampai empuk
hmmmmm....dalam periuk ni adalah daging seekor kambing

bila daging dah empuk, asingkan daging kambing dengan air rebusan tu




tumis semua bahan yang lain sampai naik  bau


lepas tu masukkan daging kambing dan separuh daripada air rebusan daging.masak sampai menggelegak...
lepas tu masukkan susu cair,kicap,garam,gula melaka bila dah dekat nak masak tu..masukkan cili merah/hijau


gambar yg dah masak tak de...sebab eksaited dengan kesedapan sampai lupe nk snap..

salam jumaat dan selamat mencuber.

-awjan-

Popular posts from this blog

Happy Birthday My Princess Rania

biskut perasa itik

Resepi kek sarang anai-anai hangus