Biarkan ianya berlalu.....

Assalamualaikum.....

dah lama rasanya cikwa x tulis apa2 kat blog..bukak tiap hari...tp xtau nk tulis apa...cuma hari ini cikwa terasa diri ni diberikan kekuatan utk terus berblog...

tiap hari asik baca blog org lain...kebanyakan citer plak yg best2, yg hepi2...jarang nk jupe entry yg sedih...

last entry cikwa..semuanya tentang keterujaan, kegembiraan yg terbit di hari...pengalaman yg dirasai itu tak mampu nk diungkapkan dengan kata2...sehinggakan air mata laju mengalir sambil bersujud syukur...

namun...cikwa redha..semua itu hanya sementara...hanya dalam tempoh 10 ramadhan terakhir sahaja Allah pinjamkan kegembiraan itu...cikwa terima keadaan ni sebagai suatu takdir yang Allah telah ditetapkan sejak azali.

kesedihan cikwa kehilangan kandungan yang dinanti pada hari terakhir ramadhan sama sekali tak terduka...
6 minggu sahaja kandungan tu berada dalam tubuh ini...akhirnya ia tinggalkan cikwa... hari2 terakhir cikwa mmg dpt rasakan kelainan, kesakitan...macam2 dugaan terjadi..sehinggakan cikwa menangis x henti2...hanya suami yg berada disisi..dialah kekutan yg cikwa ada.

hari pertama bekerja selepas seminggu cuti raya....tak pernah walau sehari cikwa tak mengalirkan air mata..
waktu memandu ke tempat kerja tu lah waktu cikwa menangis sepuas-puasnya...tanpa menghiraukan burung-burung yang berterbangan di angkasa..


Buat suamiku....

maafkan salah silap isterimu ini...
sejak kehilangan kandungan, isterimu ini selalu beremosi,
walau silap sikit terus merajuk...
ketahuilah....
tak pernah terniat nk buat abg begitu...
kadang-kadang tekanan yg ada dalam diri membuatkan
abang yg kena tempiasnya...
maafkan syg ya...

tak lama lagi ulangtahun pertama perkahwinan kita.terima kasih atas segalanya.abanglah segala2nya bagi syg.



-isteri mu-

Comments

  1. klah doakan yg terbaik. Insya Allah, kegembiraan pasti akan menjelma soon :) amiin

    ReplyDelete
  2. terima dengan redha Cik Wa.. Sabar. Fikir positif. Fikir kawan2 lain yang masih belum merasa pengalaman mengandung. Syukur walaupun diberi pinjam dalam tempoh yang singkat kerana itu buktikan Cik Wa mampu mengandung secara alami. Ada hikmah dalam setiap yang Allah berikan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Happy Birthday My Princess Rania

Resepi kek sarang anai-anai hangus

biskut perasa itik